Tuesday, May 3, 2011

Penawar Cirit Birit..


Masalah ini menimbulkan rasa tidak selesa dan menyusahkan kita terutamanya jika esok harinya kita terpaksa ditugaskan 'outstation' atau bercuti..

Cara ini memang biasa saya lakukan ikut petua nenek juga ibu tersayang..mudah sahaja..





Caranya:

1. ambil 2 gengam beras (pastikan beras bersih dan kering) goreng tanpa minyak. balik2kan beras dalam kuali dan biarkan warnanya sehingga gelap kekuningan.

2. masukkan dalam cawan dan masukkan air panas mengelegak suku cawan, tutup dan biarkan ia sejuk. Biarkan beras kembang dan airnya menjadi hitam (jika terlalu kuning kurang mujarab).

3. Bila sudah sejuk tapis airnya dan bolehlah diminum (baca lah selawat dan niat dlm hati agar cirit birit anda hilang).

Pastikan minum air banyak utk menghilangkan cirit birit anda. semoga berjaya mudah2an.

Memutihkan Kuku..


Bagi seorang wanita atau sesiapa sahaja yang banyak melakukan kerja2 di dapur pasti mengalami kuku kotor atau berwarna kekuningan terutamanya oleh kerana penangan sikunyit..sbg wanita tentu kita inginkan serba serbi cantik dan nampak bersih..itu yg penting bukan?..walaupun hanya jari2 ia mengambarkan sisi anda yang sebenar pembersih atau sebaliknya..


Caranya:
1. Cuci kuku terlebih dahulu dgn minyak kelapa.
2. Cuci sekali lagi dengan sabun.
3. setelah pasti bersih..ambil sebiji limau nipis dan lumurkan isinya pada kuku anda.

Insya-Allah anda akan dapati kuku bersih dan putih..selamat mencuba..!

Menghilangkan Parut...



Nak hilangkan parut dimuka memang susah..tapi tidak salah mencuba..kan??..sementelah hanya bahan alami dan asli digunakan..

Caranya: Gunakan beberapa tongkol (putik) jagung yang masih muda, kemudian ditumbuk sehingga lumat. Ambil bahan itu dan kemudian letakkan pada parut. Biarkan ia kering utk beberapa ketika. Akhir sekali bolehlah muka anda dibasuh dengan air bersih..selamat mencuba..

Hilangkan Bintik Hitam pada Wajah..


Kulit muka nak cantik licin dan tanpa cela??..memang susah nak maintain, lagi2 bila umur dah meningkat ke angka 40an..memang cela suka2 'singgah' dan 'bermaharajalela' nak tunjuk 'power'nya..cuba petua yang ini..

Caranya: Ambil beberapa helai daun jambu batu. Ia digiling sehingga hancur. Campurkan ramuan itu dengan bedak bayi dan bancuhkan dengan air sejuk. Gunakan ramuan ini setiap hari pada waktu pagi dan malam untuk mendapat hasil yang memuaskan..

Jika ianya serasi dengan anda syabass..!! tak perlulah bayar mahal2 SKII utk itu..semoga anda berhasil..!! orang lelaki pon boleh cuba..no harm..

Meluruskan Rambut.


Kali ini kita cuba pula luruskan rambut tanpa guna teknik 'rebonding' moden guna karan letrik..ahaaa..nak cuba mai..

Caranya: Gunakan santan kelapa bersama air limau nipis. Kemudian simpan di dalam peti ais sehingga dibahagian atasnya menjadi seperti krim. Gunakanlah krim itu keatas rambut lalu dibalut dengan tuala yang terlebih dahulu direndam dgn air panas, biarkan berbungkus di kepala sekurang2nya 1 jam. lepas itu bilaslah rambut dgn bersih.

Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan amalkan cara ini sebanyak 3x seminggu..ada berani..jom tray, besides santan kelapa asli memang baik utk rambut yang hitam, berkilat dan lebat..tak percaya?..cubalah dulu..

Penawar Sakit Gigi...


Biasa atau kadang2 sakit gigi datang 'menyerang' menjadikan hidup rasa tidak keruan..kalau boleh nak hilangkan barang sesaat..boleh ke??..joom cuba yang ini..mungkin ianya serasi pada anda..

Caranya: Gunakan bahan2 seperti cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada yang ditumbuk halus. Gunakan bahan2 ini untuk dimasukkan ke dalam gigi anda yang berlubang. Dalam beberapa ketika, kesakitannya akan berkurangan dan lama kelamaan akan hilang..

Apa2pun mencegah gigi berlubang dengan menjaga ianya sebaik mungkin adalah lebih baik agar ia tidak rosak dan menyusahkan diri sendiri kan?..tengok model saya..,gigi cantik dan bersinar..ahaaa..

Petua diatas biasa diamalkan oleh orang2 tua dan tuan guru yg mengajar Quran (waktu kecik2 dulu) saya suka mengamalkan dengan menggigit bunga cengkih utuk elak daripada mengantuk..biasa beliau amalkan jika masih ramai lagi pelajar berderet menunggu giliran utk mengaji dengan beliau. Orang2 dulu lebih menghargai bahan alami dan asli utk manfaat diri..mengapa tidak kita??..joom mulakan..!

Friday, May 8, 2009

Melambatkan proses Penuaan..




Petua ni saya terjumpa dlm satu magazine..mudah, murah dan sedap..tpi yg tak sedapnya kenalah istiqamah...

-Campurkan 4 sudu madu, 1 sudu serbuk kayu manis dan 3 cawan air.

-Rebus semua bahan diatas (ianya seakan2 teh).
-Minumlah 1/4 cawan.
-minum 3-4 kali sehari secara teratur utk lebih efektif melambatkan proses penuaan.
Hasilnya: Kulit akan nmpak lebih segar & lembut tanpa melibatkan bahan kimia, Sophia Loren pun boleh challenge tau..

Tpi perlu diingat kurangkan/jauhi terus minuman berais, mkanan berminyak bykan sayuran & buah2an . Nenek saya pernah berkata minum minuman berais tu boleh membuatkan muka kita nmpak cepat tua..(betulke?..tpi ckp org tua2 nih ada betulnya. slps beberapa ketika barulah sains dpt membuktikannya.. pelikkan?). seelok2nya minum air suam, baca bismillah, selawat bangun tidur sblum gosok gigi..yg nih mak mentua saya amalkan mmg muka dia tak berkedut walaupun umur dah cecah 75 tahun..pelikkan??..(pelik lagii..)