Saturday, September 13, 2008

PINGGUL Anda







Untuk mencantikkan punggung anda agar lebih kental lakuan..

  • Urutan
Guna putih telur dan urut dgn menolak punggung anda keatas kemudian tarik bahagian pinggang anda keatas lakukan sehingga putih telur sebati dgn kulit (atau juga losyen khas utk urutan punggung jika ada). Ini bertujuan utk menegangkan semula isi dan kulit punggung anda serta merampingkannya. Bagi yang telah berumahtangga seelok2nya suami anda yang melakukannya..

Insyaallah saya akan post lagi rahsia2 menarik utk tatapan wanita/gadis...tunggu yea..



Friday, September 12, 2008

PERUT (Tummy) Anda


Bagi wanita yang telah melahirkan anak, tentu inginkan perut yang ramping dan cantik spt. perut anakdara.  Malangnya cukup sukar untuk memelihara spt keadaan sediakala.  Pada kebiasaan perut akan pecah2 dan berkedut. Jom kita cuba yang ini pula..tak ramping spt anakdara pun tidak mengapa sekurang2nya ianya tidak buncit dan hodoh bukan?.
  • Kapur dan Air Limau Nipis
Campurkan kapur dan air limau nipis (kadar sukatan - sesudu kecil kapur cmpur dgn 3 biji air limau) .  Sapukan pada perut anda sebelum tidur setiap malam. Pastikan balut perut anda dgn plastik khas (plastik wrapper yg lembut utk mmbalut kuih muih). Pada mulanya akan terasa spt menggigit2 ttpi lama kelamaan ia akan hilang.
  • Embun
Kumpul embun banyak2 dan sapukan pada perut anda..insyaallah kedut dan parut akan hilang.

BAWAH LENGAN (ketiak) Anda




  • Menghilangkan Bau Ketiak

Belakang Tapak Tangn
Gosok ketiak anda dengan menggunakan belakang tapak tangan. Gosoklah berkali2 dgn menggunakan sebarang jenis sabun mandi. ATAU

Kapur Barus dan Limau Nipis
Tumbuk kapur barus dan campurkan dgn limau nipis. Sapukan campuran ini pada ketiak anda 1x seminggu.
Elakkan menggunakan pencegah bau ketiak yg biasa, ini menjadikan peluh pada ketiak tersekat dan menimbulkan bau yg tidak menyenangkan. Gunakan bedak yang serap peluh sudah memadai.


Thursday, September 11, 2008

Untuk PAYUDARA ANDA






Beruntung sungguh mereka yang memiliki payu dara yang bersaiz besar dan pejal. Bagaimana untuk memilikinya, persoalan ini sering juga merunsingkan ramai wanita kan??..
  • Urutan untuk Membesarkan.
Lakukan urutan pd payu dara anda setiap pagi selepas mandi dan sebelum tidur pd sebelah malam. Gunakan losyen badan yang sesuai dgn kulit anda Lakukan urutan ke atas dan usap sehingga ia benar2 tegang, lakukan ia selama 20 ke 30 minit.

  • Untuk Menegangkan.

Masak setengah labu manis (pumpkin) yg dikupas kulitnya, masak sehingga lembik. Ramas buah labu yg masih lembik ini semasa masih hangat, kemudian sapukan pada seluruh payudara anda dan biarkan kira2 20 min. Lakukan 2x seminggu. ATAU

Ambil putih telur sapu dan ramas2kan pada payudara selama beberapa minit. Biarkan putih telur itu sebati dengan kulit anda dan mengering sendiri. Setelah itu lap dgn air bersih dan basuh.

Only The Woman Can by Brian McFadden



Untuk WAJAH ANDA

Semua wanita inginkan kulit wajah yang cantik dan mulus tanpa sebiji jerawat pun singgah di muka. Jika memakai alatsolek pun pastikan ianya sesuai dgn kulit wajah anda kan? tetapi kebanyakkan ianya perlukan modal dan berkos tinggi, paling tidak pun berisiko pula...


Disini ada beberapa petua yang diperturunkan oleh ibu kepada saya.
Ianya mudah tetapi anda perlulah lakukan setiap pagi dan malam.
  • Sirih dan Air Panas
Sediakan sirih muda dan air panas. Lepas tu rendam sirih dlm air panas seketika (2 min), ambil dan tekapkan ke kulit muka perlahan2 sehingga rasa panas itu hilang. Ulangi langkah tersebut sehingga anda rasa puas hati.
Rawatan dilakukan seelok2nya setiap hari di waktu pagi sebelum mandi (dan sebelum basuh muka) atau lakukan pada waktu malam sebelum tidur dan selepas mandi. Ingat! sblum tidur pastikan wajah anda bebas dari sbarang alatsolek.
  • Tawas
Untuk mengembalikan seri wajah anda. Ambil tawas barang segengam dan rendam dalam air suam. Gunakan air tawas ini utk membasuh muka setiap kali selepas mandi atau sebelum memakai alat solek. Lakukan setiap hari atau jadikan ia sbg amalan harian anda..
  • Air Embun
Tadah air embun sebanyak yg mungkin, slps itu sapukan pada wajah anda setiap pagi sblum solat subuh. Sayang..yang ini susah sikit..ttpi yg duduk di kampung2 mungkin masih mudah dilakukan..

  • Bedak Sejuk

Untuk mengecutkan jerawat di muka, ambil bedak sejuk kira2 7 butir dan campurkan dengan sedikit perahan air limau nipis (sehingga mudah utk dilumur di muka). Tekan2 agar ianya hancur selepas itu letakkan di tempat jerawat tadi. Tunggu sehingga bedak sejuk itu kering. Anda boleh letak pada bila2 masa bila mana anda berkesempatan. Rasa mengigit2 akan terasa pada tmpat yang ditumbuhi jerawat, ia hanyalah tindak balas terhadap air limau itu tadi. Ulangi jika perlu sehingga jerawat anda kering. Jangan picit jerawat anda kerana bakteria yg terkumpul di kuku anda akan memburukkan lagi jerawat anda dan meninggalkan kesan hitam.