Thursday, September 11, 2008

Untuk WAJAH ANDA

Semua wanita inginkan kulit wajah yang cantik dan mulus tanpa sebiji jerawat pun singgah di muka. Jika memakai alatsolek pun pastikan ianya sesuai dgn kulit wajah anda kan? tetapi kebanyakkan ianya perlukan modal dan berkos tinggi, paling tidak pun berisiko pula...


Disini ada beberapa petua yang diperturunkan oleh ibu kepada saya.
Ianya mudah tetapi anda perlulah lakukan setiap pagi dan malam.
  • Sirih dan Air Panas
Sediakan sirih muda dan air panas. Lepas tu rendam sirih dlm air panas seketika (2 min), ambil dan tekapkan ke kulit muka perlahan2 sehingga rasa panas itu hilang. Ulangi langkah tersebut sehingga anda rasa puas hati.
Rawatan dilakukan seelok2nya setiap hari di waktu pagi sebelum mandi (dan sebelum basuh muka) atau lakukan pada waktu malam sebelum tidur dan selepas mandi. Ingat! sblum tidur pastikan wajah anda bebas dari sbarang alatsolek.
  • Tawas
Untuk mengembalikan seri wajah anda. Ambil tawas barang segengam dan rendam dalam air suam. Gunakan air tawas ini utk membasuh muka setiap kali selepas mandi atau sebelum memakai alat solek. Lakukan setiap hari atau jadikan ia sbg amalan harian anda..
  • Air Embun
Tadah air embun sebanyak yg mungkin, slps itu sapukan pada wajah anda setiap pagi sblum solat subuh. Sayang..yang ini susah sikit..ttpi yg duduk di kampung2 mungkin masih mudah dilakukan..

  • Bedak Sejuk

Untuk mengecutkan jerawat di muka, ambil bedak sejuk kira2 7 butir dan campurkan dengan sedikit perahan air limau nipis (sehingga mudah utk dilumur di muka). Tekan2 agar ianya hancur selepas itu letakkan di tempat jerawat tadi. Tunggu sehingga bedak sejuk itu kering. Anda boleh letak pada bila2 masa bila mana anda berkesempatan. Rasa mengigit2 akan terasa pada tmpat yang ditumbuhi jerawat, ia hanyalah tindak balas terhadap air limau itu tadi. Ulangi jika perlu sehingga jerawat anda kering. Jangan picit jerawat anda kerana bakteria yg terkumpul di kuku anda akan memburukkan lagi jerawat anda dan meninggalkan kesan hitam.





No comments: